Kehadapan Sepupu Kesayangan Aku Muhammad Noor Azam,
Hari jumaat lepas time aku tengah keja
aku dapat kol dari adik aku neena
dalam pukul 10.15 pagi macam tu
neena cakap kat aku
"kak yuyu, ko tau tak abang ajam masok ICU?"
aku pon tersentap,
sebab kau takde sakit ape tapi tetiba
aku dapat berita yang kau masuk ICU
"hah? masok ICU? kenapa? kat mana?" aku tanya
"ICU kat hospital JB, kitorang suma da otw da ni,
3 keta pegi kete Cik'Os, Pak Itam ngan Along" kata adik aku
aku tanya kat adik aku
"sekarang korang dah kat mana?" aku tanya
"kitorang ade kat Shell ulu kelang ni" adik aku jawab
memandangkan diorang suma dah dekat sangat ngan opis aku,
aku terus kol along suruh along amek aku kat opis
aku kol suami aku dulu bagitau yang aku nak pergi tengok kau
pukul 10.30 pagi along sampai kat opis aku
lepas tu kitorang suma teruskan perjalanan
pukul 2.20 petang kitorang suma sampai
kat Hospital Sultanah Aminah, JB
kitorang suma terus naek atas nak pegi tengok kau
tapi biasa la ICU dua orang je boleh sekali masuk
masing-masing tunggu giliran nak tengok kau Azam
sampai jee giliran aku nak masok
aku speechless tengok keadaan kau Azam
sedih sangat sayu sangat rasa hati ni
tengok keadaan kau macam tu
banyak nye wayar kat badan kau,
sana sini wayar tah pape kat badan kau
kat hidung kau, kat mulut kau
kau totally 100% bergantung pada alat pernafasan
doktor cakap kau tak mampu nak bernafas sendiri
sebab kau terlalu dan terlampau lemah sangat
sebelum aku masok tengok kau
aku harap sangat yang kau boleh bagi reaksi
walaupon tak boleh banyak sikit pon jadilah
tapi hampa, kau langsung tak sedarkan diri
tapi aku try jugak cakap ngan kau
aku bisik kat telinga kau
"Azam, aku ni Nurul...aku datang ni"
itu je yang mampu aku cakap kat telinga kau, aku sebak.
lama aku tenung kau. . .
lepas tu aku keluar nak bagi orang lain pulak masuk
kali ke 2 aku masok sebelum maghrib
time tu aku tengok tekanan darah kau 70+
tekanan jantung kau pulak 120+
doktor cakap, keadaan kau da kritikal. Aku sebak lagi.
aku bisikkan kat telinga kiri dan kanan kau dua kalimah syahadah
aku nampak air mata kau menitik, aku tau kau dengar
banyak kali aku ajar kau mengucap tapi
suara aku putus-putus sebab tahan sebak.
lepas tu doktor da suruh bacakan yassin untuk kau
suma orang masok gilir-gilir bacakan yassin tuk kau
lepas tu masing-masing bisikkan
dua kalimah syahadah kat telinga kau
pukul 8.50 malam macam tu
doktor suruh mama kau masok
doktor cakap tekanan darah dan
tekanan jantung kau da makin drop
kitorang suma masok dah time tu,
dah takde masok berdua-dua lagi
kitorang suma ade kat keliling katil kau
time tu aku tengok kat screen
tekanan jantung kau dah drop sangat sampai 40+,
tekanan darah kau dah 20+
aku meraung kat along cakap yang tekanan darah
ngan jantong kau dah drop sangat
along pon tak mampu nak cakap pape time tu,
along tunduk semahunya kat kaki kau
adik kau ira asik sebut nama kau tak henti-henti,
menangis semahunya
adik kau ijat pulak dah terduduk kat kusi
menangis tengok keadaan kau
mama kau bisikkan kalimah syahadah
kat telinga kanan kau gilir-gilir ngan aku
along ngan mama aku pulak bisikkan
kat telinga kiri kau pon bergilir-gilir
masa aku bisikkan kalimah syahadah kat telinga kau
keadaan kau dah nazak sangat masa tu
kau da macam mencungap, air dah mula keluar kat hidung kau
aku suruh mak kau panggil nurse
nurse datang sedut air dari hidung kau guna penyedut
tak lama lepas tu, tepat 9.30 malam
kau pergi tinggalkan kami semua buat selama-lamanya
masa kau pergi keadaan kau sangat-sangat tenang
dan kau jugak pergi dengan senang.
Perginya kau pada hari Jumaat yang mulia
dan juga penghulu segala hari.
Perginya kau sehari sebelum hari lahir aku.
Tak akan aku lupakan tarikh tu sampai bila-bila.
Allah lebih menyayangi kau sepupuku.
Semoga kau tenang disana dan
Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
AMIN
MUHAMMAD NOOR AZAM BIN ISHAK
19 APRIL 1988 - 21 JUNE 2013

13 comments :
takziah to u,
al-fatihah may azam rest and peace there with all para solehin. in shaa allah. :)
innalillah.. salam takziah..sedekahkan al-fatihah selalu.. qullun nafsi zaiqotul maut.. setiap yg hidup pasti akan merasa mati...kita pon. moga sepupu akk tenang disana.. :) doakan dia selalu.. moga ALLAH merahmati :')
takziah... al-fatihah ..
takziah awak...byk kan sabar..Allah lebih sayangkan dia...
salam takziah untuk kaum keluarga..
sedih baca entry nie sebab sis masih teringat kat arwah pakcik sis yang dlu pun macam nie..moga Arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang soleh..insyallah..amin
salam takziah for you and keluarga..moga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman :)
takziah . alfatihah untk azam .
Takziah :')
salam takziah.kte doakan yang terbaik untuknye. :D
hmmm, salam takziah buat keluarga Azam. Moga beliau ditempatkan dlm klangan org yg beriman. Sebak rasanya, be strong okay akk :)
Takziah buat sepupu.
alfatihah.. sedihnya huhu
takziah..
Post a Comment