26 June 2013

"Segmen Review Blog By Misha"




Jom Join!
* Sila Klik Banner!

Syarat-syarat senang jee!

Tarikh Akhir 30 June 2013

23 June 2013

. Surat untuk Sepupu .


Kehadapan Sepupu Kesayangan Aku Muhammad Noor Azam,

Hari jumaat lepas time aku tengah keja
aku dapat kol dari adik aku neena
dalam pukul 10.15 pagi macam tu
neena cakap kat aku
"kak yuyu, ko tau tak abang ajam masok ICU?"
aku pon tersentap,
sebab kau takde sakit ape tapi tetiba 
aku dapat berita yang kau masuk ICU
"hah? masok ICU? kenapa? kat mana?" aku tanya
"ICU kat hospital JB, kitorang suma da otw da ni,
3 keta pegi kete Cik'Os, Pak Itam ngan Along" kata adik aku
aku tanya kat adik aku
"sekarang korang dah kat mana?" aku tanya
"kitorang ade kat Shell ulu kelang ni" adik aku jawab

memandangkan diorang suma dah dekat sangat ngan opis aku,
aku terus kol along suruh along amek aku kat opis
aku kol suami aku dulu bagitau yang aku nak pergi tengok kau
pukul 10.30 pagi along sampai kat opis aku
lepas tu kitorang suma teruskan perjalanan
pukul 2.20 petang kitorang suma sampai
kat Hospital Sultanah Aminah, JB
kitorang suma terus naek atas nak pegi tengok kau
tapi biasa la ICU dua orang je boleh sekali masuk
masing-masing tunggu giliran nak tengok kau Azam

sampai jee giliran aku nak masok
aku speechless tengok keadaan kau Azam
sedih sangat sayu sangat rasa hati ni 
tengok keadaan kau macam tu
banyak nye wayar kat badan kau, 
sana sini wayar tah pape kat badan kau
kat hidung kau, kat mulut kau
kau totally 100% bergantung pada alat pernafasan
doktor cakap kau tak mampu nak bernafas sendiri
sebab kau terlalu dan terlampau lemah sangat
sebelum aku masok tengok kau
aku harap sangat yang kau boleh bagi reaksi 
walaupon tak boleh banyak sikit pon jadilah
tapi hampa, kau langsung tak sedarkan diri
tapi aku try jugak cakap ngan kau
aku bisik kat telinga kau
"Azam, aku ni  Nurul...aku datang ni"
itu je yang mampu aku cakap kat telinga kau, aku sebak.
lama aku tenung kau. . .
 lepas tu aku keluar nak bagi orang lain pulak masuk

kali ke 2 aku masok sebelum maghrib
time tu aku tengok tekanan darah kau 70+
tekanan jantung kau pulak 120+
doktor cakap, keadaan kau da kritikal. Aku sebak lagi.
aku bisikkan kat telinga kiri dan kanan kau dua kalimah syahadah
aku nampak air mata kau menitik, aku tau kau dengar
banyak kali aku ajar kau mengucap tapi 
suara aku putus-putus sebab tahan sebak.

lepas tu doktor da suruh bacakan yassin untuk kau
suma orang  masok gilir-gilir bacakan yassin tuk kau
lepas tu masing-masing bisikkan 
dua kalimah syahadah kat telinga kau

pukul 8.50 malam macam tu
doktor suruh mama kau masok
doktor cakap tekanan darah dan 
tekanan jantung kau da makin drop
kitorang suma masok dah time tu, 
dah takde masok berdua-dua lagi
kitorang suma ade kat keliling katil kau
time tu aku tengok kat screen 
tekanan jantung kau dah drop sangat sampai 40+, 
tekanan darah kau dah 20+
aku meraung kat along cakap yang tekanan darah 
ngan jantong kau dah drop sangat
along pon tak mampu nak cakap pape time tu,
along tunduk semahunya kat kaki kau
adik kau ira asik sebut nama kau tak henti-henti, 
menangis semahunya
adik kau ijat pulak dah terduduk kat kusi 
menangis tengok keadaan kau
mama kau bisikkan kalimah syahadah 
kat telinga kanan kau gilir-gilir ngan aku
along ngan mama aku pulak bisikkan 
kat telinga kiri kau pon bergilir-gilir

masa aku bisikkan kalimah syahadah kat telinga kau
keadaan kau dah nazak sangat masa tu
kau da macam mencungap, air dah mula keluar kat hidung kau
aku suruh mak kau panggil nurse
nurse datang sedut air dari hidung kau guna penyedut

tak lama lepas tu, tepat 9.30 malam 
kau pergi tinggalkan kami semua buat selama-lamanya
masa kau pergi keadaan kau sangat-sangat tenang
dan kau jugak pergi dengan senang.
Perginya kau pada hari Jumaat yang mulia 
dan juga penghulu segala hari.
Perginya kau sehari sebelum hari lahir aku.
Tak akan aku lupakan tarikh tu sampai bila-bila.
Allah lebih menyayangi kau sepupuku.
Semoga kau tenang disana dan
Semoga kau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. 
AMIN




MUHAMMAD NOOR AZAM BIN ISHAK
19 APRIL 1988 - 21 JUNE 2013



18 June 2013

. rasa macam TERRRmalu pulak hari ni .


aku ngan incik suami memang 
ghajin bermesej-mesej
tabiat dari memula kenal dulu
sampai laa dah kawen ni
tak pernah berubah

kalo dulu sebelum kawen
akan start mesej dari memula celik mata 
'Morning Awak!'
sampai la ke malam nak pejam mata nak tido 
'Good Nite Awak!'
kalo stop pon sekejap sekejap jee
kalo ade nak buat sumtin'

dah kawin pon still berterusan bermesej-mesej
walaupon kat umah nanti jumpa
tetap jugak nak mesej-mesej
lepas je incik suami anta aku ke ofis
then, incik suami sampai jee kat ofis dia
'Abang da sampai ofis'
start laa kitorang mesej-mesej 
sampai laa abes waktu keje
'Abang nak balik dah ni'

kekadang ade jugak orang tanya
apelaa topik-topik yg selalu aku mesejkan
sentiasa ade jee nak berbual

kekadang aku pon tak tau 
apa yang aku mesejkan dengan incik suami
dari satu topik lepas ke satu topik yang lain
sampai kekadang topik mengarut-ngarut jee yang keluar
ada jugak kekadang sampai tak sedar ape yang ditaip
bak kata orang. . .
menaip sambil berkhayal, berkhayal sambil menaip
haaa...mane-mane laa...
lebih kurang jee pon
eheeee (^^,)v

contohnyaaaaaa seperti kejadian hari ni. . .




terasa macam balik jap lagi 
nak pakai helmet tutup muka 
sampai nak tido malam kang
malu gyler hokeyhh!

aku sendiri baca balik pon aku tergelak besar
hape tah kepala hotak ni pikir time taip tu tah laa

pastu balik jap lagi siap la aku 
kena perli-perli ngan incik suami ni
keja incik suami suka sangat gelakkan aku!
geram jee rase...

14 June 2013

. kena tipu dengan online shop .


zaman sekarang ni nak membeli belah dah senang
tak payah nak penat-penat mengadap jem
berpusu-pusu dengan orang ramai
berpanas-panas nak bershopping
sekarang ni sume nye di hujung jari

"Online Shopping"

duduk dalam bilik on air-cond/kipas
guling-guling atas katil
bukak laptop
cari barang yang nak dibeli secara online
klik klik klik
pilih pilih pilih
bank in duit
dua ke tiga hari kemudian
barang pon sampai
senangkan...
lagi-lagi dah nak raya ni
mana yang tak sempat nak pergi shopping tu
yang mampu shopping online jee laa kan
tak payah nak berpanas-panas, 
bersesak-sesak nak shopping

tapi kena berhati-hati, 
jangan sampai tertipu
dengan sesetengah pihak yang suka
ambil kesempatan untuk menipu pengguna lain
sesetengah yee...bukan semua 


macam kawan opis aku ni
yang baru je kena tipu 
kawan aku ni order barang kat sini


masa buat order barang
sekejap sekejap tanya dah bank in duit ke belum
tapi bila dah bank in duit
tunggu sampai seminggu lebih
janji penghantaran barang 1 - 3 hari bekerja
barang tak jugak sampai-sampai
kawan aku bank in duit atas nama 
MUHAMMAD RAIZAN BIN AB RAHMAN
bila call banyak kali tak dijawab lepas tu kena reject call pulak
tracking number pon bagi tracking number palsu

bila kawan aku mesej-mesej dia tak reply
tapi reply komen - komen orang lain kat fb page die laju jee
bila kawan opis aku lagi sorang try call dia
dia tak angkat, tapi dekat whatsapp reply
bila kawan opis aku ni berlakon kata nak beli barang dia
siap reply model-model barang yang dia jual lagi
bile kawan aku gertak kata kenapa tak hantar 
barang kawan aku yang kena tipu tu
dia reply dah hantar lepas tu terus senyap



bila ada pembeli tanya nak dtg kedai
nak C.O.D jee
dia reply 
"pos laju shj"

nampak sangat menipunyaa...
jadi mintak tolong kerjasama untuk spam @ scam page ni
supaya takda lagi orang yang kena tipu

zaman sekarang ni macam-macam cara 
orang lakukan untuk mendapatkan duit dengan cara mudah
salah satu nya adalah dengan cara menipu macam ni
tau laa raya dah nak dekat
tapi jangan laa cari duit dengan cara yang tak betul @ tak jujur
dah tu melayu kita pulak tu yang buat macam tu
buat malu jee ngan bangsa lain!

12 June 2013

. Terlebih Peramah .


asek-asek hapdet entri
hapdet pasal pe'el tucin-tucin
meyh nak hapdet pe'el sang suami pulak
ekekeke

lately ni aku tengok incik suami aku tu
makin menjadi-jadi plak peramahnya
pantang nampak orang asek nak ditegurnyaa ajee
dulu kemain memalu lagi
nak borak ngan orang tak kenal
kemain berat lagi mulot dia
sekarang kemain ringan jee mulot dia

masa tu pegi bengkel keta
anta kete lamborghini aku
nak wat skim disc brake
kemain beboraknya lagi ngan orang-orang kat situ



pastu masa pegi petshop kat dalam aeon big 
yg dulunya carefour kat wangsamaju tu
dibantainya borak ngan akak yang keje kat petshop tu
adalah dalam 20 - 30 minit macam tu
sampai akak kedai tu tak layan dah 
customer lain yang masok kedai dia
kemain suka lagi akak kedai tu beborak
disuruhnya pekerja dia yang layan customer lain
padahal time tu nak tanya pasal catnip untuk kucing jew

dua ari lepas...mengidam pulak tekak aku ni
nak makan laksa
mencari la laksa...dah jumpa gerai laksa
beborak pulak incik suami ngan abg jual laksa tu

ada pulak dua tiga hari lepas
orang depan ghumah order dominos delivery
incik suami time tu saje berdiri kat pintu ghumah
teghos ditegurnya abg pengantar dominos tu
dah..berborak pulak incik suami ngan abg dominos tu

kekadang...aku sebagai isteri
rungsing jugak dengan keTERperamahan incik suami ni
heeerrmmm....
*gaya sambil mata pandang ke atas tangan usap-usap dagu

ini...satu lagi perubahan incik suami

dari kurus ke dah TAK kurus!
TAK kurus ae...bukan gemok..!!
ekekeke


ni gambar incik suami 
tahun 2010 camtu
kuruskan?


ni gambar 8 bulan lepas
masa kitorang main kawen-kawen
ehehehe
still kurus lagi

yang ni gambar paling latest
dah TAK kurus da
da bulat da muka incik suami

jangan salahkan puan isteri yang memasak yee!
eheehehehe

selit sikit si someyl aku yang da nak membesar ni

macam takde tempat laen nak tido
dalam tu jugak si kecik ni nak tido

dah angkat pon still tak bangun-bangun
penat sgt letteww baru lepas main 
ngan adek beradek yang lain

ada sesapa nak tolong bagi nama kat anak-anak kucing ni?
ada 4 ekor lagi yang takda nama
yang anak-anak kucing yang itam dah ada nama
Burn & Blecky
kalo boleh nak nama yang start ngan huruf B!

07 June 2013

. nak cepat kaya? bagilah kucing jalanan makan! .


nak cepat kaya?
bagi laa kucing jalanan makan!


apalah salahnya kita berkongsi nikmat makanan 
yang Allah berikan kepada kita kepada makhluk Allah yang lain
dia tak mintak banyak pon, 
cukuplah sekadar perutnya diisi dengan sedikit makanan
kenapa kita perlu kedekut sangat?
siapa yang kurniakan rezeki?
ALLAH kan?
jadi kenapa kita kedekut?

"Orang yang memberi walaupun nilainya sedikit,
Allah akan lipat gandakan apa yang dia beri itu
dengan nilai yang lebih banyak"

* sekadar gambar hiasan
sumber : pakcik gugel

ini tidak. .bila kita pergi makan kat restoran-restoran,
gerai-gerai, makan makanan yang mahal-mahal, sedap-sedap
tapi bila ada kucing jalanan yang mengiau jee
terus syuhh suruh pegi jejaoh
kalo syuhh syuhh tu ok lagi
ni ade yang sampai tendang-tendang
Na'uzubillah. .tak tau nak kata apa!

Allah kurniakan akal dan fikiran untuk berfikir
jadi. . fikir-fikirkanlah
semoga kita semua menjadi manusia 
yang pemurah dan berkeperimanusiaan. Amin!



p/s : lepas ni jangan pulak nampak kucing terus nak bagi makan
semata-mata nak cepat kaya...dah salah niatnye tu!
yang penting...kena IKHLAS!


SALAM JUMAAT

05 June 2013

Amaran!! Entri Carca Marba...


semalam aku MC
pergi klinik sensorang
pastu saje laa post kat FB aku g klinik sensorang
siap check in lagi kat klinik

lepas kawen ni pantang jee g klinik
mesti orang tanya
dah ade ke?


stress "makk" nak menjawabnyee tawuu!!
haa...lantakkan aku...gatal nak check in check in bagaikan!

ekceli aku g klinik nak mintak ubat kulit jerrr
semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak ni
kulit aku sensitif bebenor, merah-merah gatal-gatal
nak kata alergik. . .aku pon tak tau aku alergik hape!

dah tu balik dari klinik, aku pon melepet laa kat umah
main ngan anak-anak aku yang ramai bebenor tu
sekarang ni yang aktif sgt main si BEN laa
panjat sana sini, lari sana sini
lepas dah penat main tydo...! pastu tydo lame gyle plak tu!
orang kacau dia tydo pon dia buat taktau jee...

video

sebelom ni beli makanan kucing
beli kat supermarket jee
beli yang murah-murah yang ada kat supermarket tu
memula dulu BELLA & BOI makan jee
lepastu dah lama-lama diorang wat tak tau jee
pandang pon macam pandang takde selera

aku pon sebok la men"google" 
kenapa laa kucing-kucing aku ni tak nak makan
ghopa-ghopa nyaa...makanan yang beli kat supermarket tu
tak sedap...masin...cepat masok angin...
orang kata makanan kucing yg banyak-banyak
ada jual kat supermarket tu
makanan tu lebih kurang macam junk foo
untuk si kucing-kucing ni
patot laa kurus kering BOI aku tak nak makan

sudahnya tukar makanan diorang
laju jee makan masing-masing

try pakai blackwood dulu cemane kan. . .
tahan laa stok untuk sebulan. . .
tapi makanan kucing yang paling bagus adalah ikan!
ikan tu direbus yaa...bukan di goreng..
kibbles pon bole jugak bagi sehari sekali. . .
BELLA kalo bagi ikan...sekor tak cukup!
BOI punya dia bedal, BEN punya pon dia bedal. . .



harga tak lah mahal sangat. . .
berpatutan jugak la harga dia
incik suami beli kat Petshop Petology, Setapak

Harga : RM 50.00
after less : RM 45.00


ehee . . saje nak interframe ngan BEN


hensem betol kau duduk atas dashboard tu yee BEN!

02 June 2013

. membeli belah keperluan anak-anak .


semalam payah betol nak cari travel cages box
untuk BEN, abes dua tiga kedai pet shop cari
last-last dapat jugak cari travel cages box 
dengan harga yang berpatutan


travel cages box
kat Pet shop Petology, Setapak : RM 50.00

lepas tu beli skali shampoo kutu untuk BELLA


beli kat kedai Petology, Setapak jugak
harga RM 16.90
after less : RM 15.00

yang ni beli collar untuk BEN
kat Pet shop, KL Festival


harga : RM 6.90

yang ni beli gunting untuk BELLA
nak trim sikit bulu BELLA..dah tebal + lebat sangat dah


beli kat DAISO, Jusco Taman Maluri Cheras
harga : RM 5.00

tempat makan BEN beli kat DAISO jugak


harga kat DAISO biasa laa...sume RM 5.00



BEN da mandi uollss. . .jap lagi nak jalan
nak g umah nenek, ade kenduri. . 
nak jalan haruslaa wangi-wangi kan. . 
ok laa. . BEN nak mekap-mekap jap
babai uollss


01 June 2013

. BEN yang manja .


baby nama dia da tukar jadi BEN
sebab incik suami kata macam tak sesuai jee
kucing jantan buh nama baby plak kan


gaya BEN tydo






gaya BEN tunjuk keMACHOan dia






BEN nak tunjuk gangster kat baby BELLA


hahh. . hambek kauuu . wrestling...wrestling... 


sekali baby BELLA bawak geng laaa.....


kedengkian BEN mengacau tuan dia nak berblogging
haishhh. . . macam takde tempat lain jee nak tydo BEN ni laa
sabar jee laa (^____^)"



kaki BEN kat depan belah kanan macam terseliuh @ patah
kesian plak tengok 
dah tak berapa nak lincah sangat dah
asik tydo jee sehari dua ni

petang jap lagi nak g beli travel box cage untuk BEN
senang nak bawak dia jenjalan kemana-mana nanti
duduk rumah asek kena buli je ngan kakak BELLA dia
garang betol kakak BELLA dia 
abg BOI dia ok pulak ngan dia, boleh jugak bawak gurau kekadang