28 December 2013

. Pregnancy Story # Part 3 .



my baby bump da nampak
itu je nak bagitau uollss
ekekeke

kbai

19 December 2013

. Furminator bukan Termometer . mihmihmih

ekceli dah lama nak post entri ni
tapi asik lupa jee

nak bagi tau kepada peminat @ pencinta kucing tegar
yang syg kucing & sangat2 menjaga 
keterampilan kucing anda
untuk kelihatan comel dan gebus

incik suami aku ada jual furminator 
untuk anak-anak bulus korang
harga sangat berpatutan

for now, stok da habis
tapi kalau ada yang nak
boleh direct email kat aku @ incik suami
untuk buat tempahan
nurulhannah_nhb87@yahoo.com ( Puan Lullu  )
watni_has@yahoo.com ( incik suami )


ni la ghopa furminator tu


incik suami dah let go a few furminator kat mudah.my
dah abes stok baru aku teringat nak post kat blog
mintak mahap laa, tahap 'kerajinan' tu 
melampau sgt da skrg ni

mintak mahap la yee, aku tak berapa ghajin nak review
pasal furminator ni

tapi kalo nak tau ape furminator ni
boleh la review kat blog ni


aku bet sape yang pencinta kucing tu
sangat familiar ngan sookie's store ni

silalah terjah ke blog beliau 
untuk review pasal furminator ni yaa

cekidauuutttt . tata!!

13 December 2013

. Pregnancy Journey #Part 2 .


memandangkan arini mood nak bercerita tu ada sikit
meyh la aku nak kongsikan sikit cerita
cemane aku bole terr'menandong' ni

memandangkan aku dah setahun kawen 
baru terr'menandong'
ramai jugak tanya, apa rahsia

setahun tu bagi aku lama la jugak
sebab ada orang baru kawen 
da terus ade news terr'menandong'

memanglah orang kata rezeki masing-masing
rezeki tu di tangan tuhan

tapi kita sebagai hamba-Nya tak kan 
nak tunggu rezeki tu tetiba jatuh gedebuk camtu je kan
tanpa ada apa-apa usaha

selama setahun tu macam-macam usaha dan cara
aku ngan incik suami buat
sampaikan tiap-tiap bulan kira bila hari subur aku
untuk bersama

ahhh...korang, tayah nak malu-malu la baca
ni pon kira ilmu jugak untuk korang

tapi dari bulan ke bulan belum jugak ada apa-apa
kami still positif kan diri, maybe belom sampai
masa untuk kitorang ada rezeki anak lagi

dan, cerita usaha aku ngan incik suami
boleh dikatakan 100% sama dengan 

dimana aku ngan incik suami amek supplement Shaklee
dan aku jugak pergi berurut

yang cerita pasal supplement Shaklee ni
incik suami aku yang ber 'iyaa' suruh aku makan
sampai incik suami sanggup beli dan 
ajar cara-cara nak makan sume bagai
fyi, aku ni penakot makan ubat
dah lah supplement Shaklee GLA tu besar gedabak
aku redha jee, demi susah payah incik suami
aku telan jugak supplement tu
dan incik suami pon amek supplement 
ZINC Complex Shaklee jugak
takkan jadi kalau usaha sebelah pihak jee kan
kene lah usaha bersama

so, berbalik kepada cerita Puan Sharz
sebelom-sebelom ni aku ngan incik suami
memang rajin skodeng Puan Sharz punya blog
sebab kitorang suka follow setori-setori kucing-kucing beliau

lepas tu aku agak kecewa jugak 
sebab Puan Sharz dah lama tak hapdet blog
then, tetiba hapdet blog terus cerita pasal pregnancy

bila aku baca, 
aku pon rasa macam teruja gila
sebab setori dia hampir sama macam setori aku jugak
sekarang Puan Sharz mendahului 
pregnancy beliau beberapa minggu daripada aku




'congratulations to both of us'
hahaha

apa yang penting?
usaha, doa & tawakal

11 December 2013

. Ben si anak bulus .


ingat lagi tak uolls kat Ben
my anak bulus yang manja tu

kalau tak ingat meh refer sini balik
Ben 1 & Ben 2


aku ngan incik suami start jaga Ben
masa bulan 4 masa tu
masa tu umur Ben lebih kurang 3bulan nak masok 4bulan
kalau aku tak silap laa
sebab aku tak jaga dia start dari dia lahir
so, aku tak tau exactly umur dia
maen agak-agak jee

macam mana aku bole terjaga & terbela Ben
baca sendiri kat sini

sekarang Ben dah besar
dah pandai gatal-gatal maen peluk-peluk
ngan akak Bella dia

aku ngan incik suami da tak sedap ati dah
kang terberanak lagi kang si Bella tu

tak larat dah nak jaga kucing banyak-banyak
lepas ni kang aku pulak yang nak terberanak

so, last-last incik suami da book DBKL SPCA untuk
men'yunat'kan si Ben & jugak si Bella

Hujung minggu ni turn Ben dulu untuk disunatkan
then, Bella punya turn plak pertengahan bulan 1 nanti

' Selamat Bersunat Ben '

time-time cuti sekolah ni
eloklah kita menyunatkan
anak-anak kita ye tuan-tuan & puan-puan
ppfffttt




**hahh?? amende?? aku hutang citer buku merah?
haa...nanti-nanti laa ye...tengah tak berapa nak rajin buat esei panjang.

# Wordless Wednesday . 11.12.13



video



27 November 2013

. Pregnancy Journey #Part 1 .

setiap wanita yang dah berkahwin
menjadi kebiasaan bagi mereka 
merasa gundah gulana tatkala Miss P datang lewat
begitu jugak dengan aku,
walaupon sepanjang setahun perkahwinan
ada laa dalam 4 @ 5 kali Miss P aku lambat
*abaikan ayat skema tu

setiap kali Miss P datang lambat je
mesti aku cek upt, tapi hasilnya negatif
then, sehari selepas cek upt
mesti Miss P aku muncul

kebetulan pulak,
2 bulan lepas Miss P aku lewat sampai 9 hari
which is, pada bulan Ogos Miss P aku datang pada 4/8/2013
kalau nak kira cycle aku mmg 28 hari
maknanya next Miss P aku adalah pada 31/8/2013
but Miss P aku datang pada 8/9/2013
sebelom-sebelom ni tak pernah lewat lama macam tu
paling lama pon 4 hari
nak dijadikan cerita hari yang ke 9 siang tu
aku ngan incik suami
excited pergi guardian beli upt test, sampai 2 sekali
1 yang murah, 1 yang mahal
ingatkan esok pagi-pagi nak cek,
dan dan malam tu terus Miss P datang
redha jee laa . tak sempat nak guna upt test 
simpan je dalam drawer dalam bilik

lepas tu aku kira-kira balik cycle aku 28 hari
next Miss P aku adalah pada 5/10/2013
pada hari kejadian 5hb tu Miss P aku tak datang
next morning which is baru lewat sehari gatal nak cek upt 
memandangkan bulan lepas upt test beli tak sempat nak pakai
so, aku bangun pagi-pagi terus amek upt test dalam drawer
terus pergi test, then aku buh upt test kat lantai
sambil pandang tak pandang jee upt tu
sebab dalam hati masa tu tak konfiden je
yelah, baru delay sehari
dan dan 4, 5 kali jeling aku da nampak semacam jee kat upt
betul ke ni?? siap goncang-goncang lagi upt sbb tak caya
ngan apa yang aku nmpak

6/10/2013 - 7.20 pagi

terus macam laju-laju setelkan hajat, 
bawak upt buh kat tangan incik suami yang tengah tido
2, 3 kali buh kat tangan incik suami
tak nak dipegangnya, last-last aku jerit
"abang! pegang la tengok bebetol"
dengan mata dia yang terkebil-kebil
sebab memaksa nak bukak mata
dia pon tengok, terus incik suami tanya
"apa ni? tak paham laa"
ppfffttt!!!
aku pon cakap "tengok la betol-betol"
lepas incik suami tengok upt tu lama sikit
incik suami terus pandang tempat lain
sambil pejam mata dengan senyuman!
pastu terus cakap "kan ada lagi 1, g la test lagi"
aku cakap la "ishkk...jgn gelojoh laa, test esok pulak la"

7/10/2013 - 6.45 pagi

8/10/2013 - 8.00 pagi

yang upt digital clearblue ni last aku cek kat umah
kalau ikot apa yang dia tulis kat situ aku pregnant 2 - 3 weeks
maknanya aku dah pregnant 4 - 5 weeks
lepas tu the same day, terus pegi klinik nak reconfirm balik
yang bawah ni upt test yang cek kat klinik

8/10/2013


alhamdulillah, penantian selama setahun genap
atas usaha, doa dan tawakal
there have a little tiny dots in my womb
seminggu lepas anniversary aku
yang 1st ngan incik suami
terus dapat news aku pregnant
macam hadiah anniversary
untuk kitorang suami isteri pulak
masa reconfirm kat klinik 8/10/13
aku dah 4 weeks plus
so, skrang korang kira la sendiri
da berapa weeks . yeehhaww

ekceli da lama da draft setori ni tapi tak publish-publish lg
dah buat buku merah baru berani nak publish setori
nanti iolss setori masa g buat buku merah pulak okee
ok, buhbye!

02 October 2013

# Wordless Wednesday ~ Anniversary


Wordless Wednesday yang tak berapa nak wordless sgt ponn
29.9.13 yang lepas adalah 1st anniversary
aku ngan incik suami
takde sambut beriye sangat pon
juz pegi dating & jalan-jalan jee
nak g jejaoh pon tak bole
sebab malam tu ada tahlil kenduri arwah sepupu aku 
untuk hari yg ke 100 kat rumah makcik aku
so, memang kena attend kenduri tu



Mine!

incik suami punya



incik suami : abg nak suap! abg nak suap!
aku : okee. . .suaplaaa  

burrpp . . .alhamdulillah

muke orang kenyang!

12 September 2013

Soalan Puaka


soalan puaka yang penat & letih nak dijawab
setiap kali ditanya
kekadang masyarakat sekeliling sekarang
bukan reti beza soalan sensetif ke soalan privacy orang lain
ikot suka mulot diorang jee nak tanya
tanpa memikirkan perasaan orang lain

sebelom kawen dulu
sana sini mulot orang bertanya bila nak kawen
bila dah kawen
tanya bila nak ada anak pulak

agaknya korang, korang, korang (tuding jari) ingat
nak cari suami tu boleh petik jari terus kawen?

ape korang ingat nak dapat anak tu
sesenang nak bancuh air kopi?

kadang-kadang bila orang tanya
terpaksa jawab dengan senyuman yang tak ikhlas

Macam mana nak cakap ye? 
Penat lah nak hidup atas 
expectation org ramai yang berlandaskan 
'PEOPLE MUST FIT IN WITH THE COMMUNITY' 

kekadang tu sampai ada yang tiap-tiap bulan bertanya
kalau tak tanya kat aku, tanya kat incik suami
kalau ikutkan hati nak je sound direct
tapi takot pulak ada yang terasa hati
tapi diorang ni pulak yang tak reti nak jaga hati orang lain
hallo...kalau ada rezeki ALLAH tu ada lah nanti
tak perlu lah sampai tiap-tiap bulan nak bertanya
annoying tau tak!


Yes, aku nak anak tapi tak ada rezeki lagi 
sapa pulak yang dah kawen tak nak anak kan?
dan aku sedang berusaha pada masa yang sama 
aku redha dengan ketentuanNya 

Aku happy dengan kehidupan aku
Aku enjoy dengan life aku bersama incik suami
But people around me make me look like 
I'm the most unfortunate human being in this world
Just for not having a baby yet!
Bila orang tu bersabar dan berusaha 
tetapi diasak dengan soalan macam tu agak-agak sedih tak?

tapi akak ipar aku selalu ingatkan aku
dan selalu nasihatkan aku
'biar je apa orang nak kata'
'tak kan kita nak pergi jahit pulak 
mulot-mulot puaka orang kan'
'kalau diorang cakap banyak, tadah tangan tinggi-tinggi
macam orang berdoa lepastu AMIN kan ajee'
eventho abang and akak ipar aku pon 
menunggu almost 2 years
nak dapatkan baby first
and 27/8/2013 yang lepas
ni laa dia baby gurl comel abang aku n akak ipar aku

u think she is cute? u should look her aunt 



Kesimpulannya, please respect other people private life. 
Tak semestinya kehidupan seseorang sama 
dengan kehidupan orang lain
kau kawen-kawen jee terus mengandung
dan kau expect orang lain pon macam kau jugak
adalah sebab dan musababnya kenapa sesetengah orang
lambat dikurniakan zuriat
ALLAH itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya
Manusia hanya mampu berusaha, 
tapi perancangan ALLAH  itu lagi hebat



Sekian,

11 September 2013

T A K T I K


selalunya time-time nak balik keje
akan ade perbincangan suami isteri
supaya setiap masa diisi dengan berkualiti . cewah!

selalunya incik suami akan tanya
'balik kang nak buat apa?'
(walaupon tahu maksud soalan incik suami
tapi saje buat-buat tak tau . kejamkan!)

isteri pon jawab laa
'nak buat itu. . .ini . . blaa. . blaaa . . .blaaa'

incik suami masih tak puas hati dan terus tanya lagi
'pastu?'

isteri pon jawab laa
'eyhhh. . .ada pasmaa laa'
*pasma = pasar malam

incik suami : nak beli apa kat pasma?

isteri : taknak la . . .taknak3x
malam ni kite g makan char kuew tiow nak?

incik suami : jom3x. . .bole jek

ni la dia namanya TAKTIK taknak masak!
ajak incik suami makan luar . ehehe


sekian . kbye!

03 September 2013

manusia. . . manusia . . .


makin hari
makin malas nak meng'hapdet' belog
ni la dia namanya 'kacang'















ok bye!

28 August 2013

# Wordless Wednesday





14 August 2013

# Wordless Wednesday




gambar : sumber ehsan facebook





05 August 2013

oooiii . . . nerves oooiii . . !!!



lama betol da tak hapdet belog
ase macam takde semangat jee nak hapdet
semenjak kehilangan sepupu masa tu

ni pon cuba jugak gagahkan diri 
nak hapdet belog
ecewahhh  

sebelom pape, meyh nak wish dulu


ni laa first year beraya bersama incik suami
setelah bergelar WIFE orang

 oooiii....
aku nerves ooiiii

tahun ni sume nye first time lah gamak nyee

first time nak masak rendang
first time nak masak lodeh
first time nak masak menu raya sendiri

kalo sebelom ni
sume nyee mama yang buat
bila mama suh tolong kat dapor
aku buat-buat bizi kemas umah

sekarang rasakan...
semua kena buat sendiri


13 July 2013

new family members Shiro & Shibie


hari sabtu lepas pegi beli belah 
barang anak-anak ngan incik suami 
kat taman desa jalan kelang lama

memandangkan anak-anak da makin banyak
dan da pandai makan
kena la beli makanan yang banyak untuk anak-anak
dan cage yang besar

harga untuk 
cage 3 tier : RM 269.00
blackwood kitten 6kg : RM 100.00
tempat makanan & air gantung : RM 5.00 each X 2 = RM 10.00
taperware utk makanan : RM 15.00
carpet biru : RM 12.00

Total : RM 406.00

ni la besarnye cage 3 tier tu
memang besar dan kukuh laa 
untuk anak-anak aku main dalam tu

lepas tu hari selasa malam aku ngan incik suami
dapat new family members in da house
welkem to ur new house Shibie & Shiro

Shibie (female)

Shiro (Male)


mereka adalah pure breed persian cat
yang ni aku ngan incik suami beli
sebab aku memang nak sangat ngan kucing parsi
habes beribu riban pon tak kesah laa
janji dapat kucing parsi
aku tak beli kat petshop, petshop mahal
aku beli kat diorang nye owner
dua ekor punya harga sama macam 
sekor punya harga kalo beli kat petshop

pastu tadi bawak diorang g klinik veterinar
Klinik Veterinar Muezza, Setapak
bukak buku untuk diorang
cocok vaksin + deworm








Shibie ngan Shiro kena fungus
yang terok Shiro laa
tengok tu telinga Shiro da botak da
kepala Shiro pon da botak sikit
so, amek ubat fungus diorang skali

Total kat klinik veterinar : RM 158.00


lepas ni aku laa pulak kena jadik doktor diorang kat umah
bagi diorang makan ubat
harap-harap cepat laa elok fungus diorang tu
kalo tak botak kucing aku . ehehe