31 January 2013

. jom pergi bercuti .


korang ingat tak entry aku yang lepas kat SINI 
aku ada usulkan kat incik suami 
yang aku nak pergi bercuti?

yeayyyy . esok aku ngan incik suami 
dah bersiap sedia dah nak pergi vacation

tak sabar . tak sabar . tak sabar


ce teka mana aku ngan incik suami nak g bercuti

dalam Malaysia ke?
luar Malaysia ke?

kalau dalam Malaysia kat mana?
kalau luar Malaysia kat mana?

haaa. . . cer korang teka?



29 January 2013

. hampir diragut .


hahhh...kan...kan...
title entri pon da macam scary scary kan

citernya ginnniwww,
semalam iaitu pada hari isnin..hahh...iaitu kauu...
sasterawan sangat..
sempena cuti hari thaipusamaku ngan incik suami
biasa laa...petang-petang
suka ronda-ronda amek angin naik motor
selalunya, kami ronda-ronda pusing KL je
tapi semalam saje la nak ubah angin
asik pusing KL jee
semalam kami pergi la bukit ampang
kat look out point tu

motor incik suami motor nouvo jeerr pungg
nak naik bukit ampang tu,
motor pungg naik macam semput - semput jee camtu
lagi-lagi ngan berat badan kami yg sangat 'ideal' ni kan
memang "tersangat" laa laju motor tu nak naik bukit
*tangan didada mata keatas

so, masa otw nak naik bukit ampang tu
memang ada dengar bunyi motor
ala ala bunyi motor 125z bunyi nya
laju jee naik,
tetiba...haaa....tetibaa
motor tu slow pulak dah nak sampai kat kitorang
lepas tu terus rapat gyle ngan moto kitorang

kalau jenis kat kampung-kampung
kalau motor dari belakang datang dekat
maknanya kawan-kawan dtg nak say 'hi' gituu
so, dalam kepala otak aku ni time tu
ingat member-member incik suami kee
nampak kitorang pastu nak bertegur sapa ke hape
aku pongg malas la nak pandang muka diorang

tetibaa lagi...
tetibaaaa pemboncengnya terus terkam tangan sebelah kanan aku
tangan yang aku pakai rantai tangan emas 
yang incik suami bagi time batal air sembahyang masa tu
alaa...masa nikah masa tu




terkejut terus tergamam aku
tapi cecepat aku tarik tangan aku ketengah
maknanya, ke dada...
sekali aku tengok muka diorang
rupanya, kap lam ya ngaa! 
yang nak tarik rantai tangan aku tu
memang aku sangat cam muka dia

tapi...syukur alhamdulillah
kap lam ya ngaa tu tak dapat pon nak tarik rantai tangan aku
time tu aku pakai baju lengan panjang plak tu
maybe dia tertarik lengan baju aku kot
tu yang terlepas rantai tangan aku dari diragut oleh
kap lam ya ngaa yang tak berguna tu!
muka incik suami pulak masa tu 
aku tengok dah pucat-pucat dah

time tu ada kereta myvi blakang kitorang
dah macam nak langgar dah kap lam ya ngaa tu
sebab maybe orang dalam kereta myvi tu
perasan kot yang kitorang nak kena ragut
lepas kap lam ya ngaa tu tak dapat tarik rantai tangan aku
terus lelaju dia pecut moto lari ilang tah kemana
nasiblah kap lam ya ngaa tu tak bersenjata
parang ke pisau ke hape ke kan

jenis aku pulak kalau naik moto
memang takde nye lah nak pegang-pegang beg ke hape
motor nouvo kan boleh isi barang bawah seat
so, memang beg aku buh bawah seat je la selalu
tak pulak expect rantai tangan pulak yang di'aim'nya
oleh si peragut durjana tu

dahtu pulak, selalu kalau aku naik motor ngan incik suami
mesti aku pelukss incik suami
so, tangan aku ada kat depan lah kan
takde la orang dari belakang nampak
aku ada pakai barang kemas ke tak kan, 
tapi orang kata nak dijadikan cerita
semalam time otw nak naik bukit ampang tu,
memang aku tak pelukss incik suami pon
tangan aku, aku buh kat atas peha aku jee
sebabtu lah kot nampak aku punya rantai tangan ni
lepas ni, olwez aku akan pelukss jee incik suami
kalau naik moto
selamat orang kata...hehehehe

kalau naik kereta pon, kalau aku drive sendiri
aku akan buh handbeg aku kat bawah kerusi 
kat sebelah penumpang

lepastu kalau sensorang, kalau aku drive sendiri jugak
masok-masok je kereta terus lock pintu walaupon 
enjin kereta tak dihidupkan lagi

so...peringatan untuk anda dan diri sendiri jugak
tak kisah la lelaki ke perempuan ke
silalah berhati-hati
zaman sekarang ni, orang nak buat jahat
macam-macam cara diorang boleh buat






23 January 2013

# wordless wednesday





jom tengok sat apa ada kat SINI





*tangan aku adalah bantal bella

16 January 2013

. forever alone .





sendiri post status kat fb, sendiri like
macam ni punya orang pon ada ke?

sadis






"forever alone"




10 January 2013

. separoh nyawaku melayang .


amboiii
title entri kemain lagi

okee . lupakan title entri tu

aku nak tanya laa kat korang
benda @ barang apakah yang sangat penting 
dalam hidup korang?
kalau hilang ke ape ke benda @ barang tu
akan buat korang rasa macam 
separoh nyawa korang ilang

benda @ barang yee . bukan orang!

adakah henpon? adakah beg duit?
adakah bunga layu ditasek madu yang anuar jengg
baling time dia tengah buat konsert?
atau adakah gambar hajama @ shila amjah 
yang korang letak dalam beg duit korang?

kalau korang tanya aku
bagi aku sebagai manuasia biasa yang rabun ni 
yang memerlukan sepasang cermin mata
untuk melihat dengan lebih jelas lagi 
lubang edong hajama 
akan melayang separoh nyawa aku
kalau cermin mata aku hilang @ patah
yaaa !! cermin mata aku patah weiiii



cuba korang citer kat aku
cemane aku nak tengok lubang edong hajama lagi pasni?
sedih korang tau tak . sedih . sedih . sedih . sedih
sedih . okee dah . cukup . cukup

sudahnya malam tadi ajak incik suami pegi kedai spek
yang selalu aku pegi tu
bawak spek lama, ingat nak tuka cermin je laa
bingkai pakai bingkai lama jee
nasib jumpa balik cermin mata lama tu
condition bingkai lama tu pon dalam keadaan baik lagi

sampai je kat kedai cermin mata 
cakap laa kat adik yang melayan aku tu
nak tuka cermin je, bingkai pakai bingkai lama tu balik je

pastu dia terperasan pulak 
aku punya spek patah
yaa . aku pakai spek patah buat sementara waktu
kalau tak aku kene jalan macam orang tutup mata
"haiiyaa . apek depan ada longkang . lompat . lompat"

pastu aku tunjuk laa spek patah tu

aku : napa dik? boleh repair ke?
adik kedai spek : sebelum ni penah buat spek kat sini?
aku : pernah!
adik kedai spek : jap, saya cari akak punya record

aku pon tunggu laa

adik kedai spek : akak punya spek ni ada warranty lagi ni

so, adik kedai spek tu pon bagi aku 2 choice
sama ada nak spek yang sama tapi dia kene call 
supplier dulu tanya pattern cam spek aku 
yang patah tu ada lagi ke tidak
kalau ada kena tunggu dalam 2 minggu camtu
gile ke 2 minggu aku tak pakai spek
mana nak nengok lubang edong hajama camtu
ataupon
pilih bingkai spek yang ada kat dalam kedai dia tu
tapi yang sama jenama dengan spek aku yang patah tu
bingkai adalah f.o.c sebab ada warranty lagi
cuma kena bayar untuk cermin je laa
lagi pon power aku dah naik lagi

so, aku pilih untuk pilih bingkai 
yang ada kat situ jee
lepas tu adik kedai spek tu da tulis resit sume
incik suami yang bayarkan
timekaseh incik suami .hehehe
yeaayyy
spek baru . spek baru

tapi hari ni pergi keje kena pakai spek lama
yang power dia hajama depan mata aku pon 
aku tak boleh nak nampak . okee tipu
kabur sikit jee pon
tapi terpaksa jugak laa pakai sebab nak kena 
pandang monitor komputer nak buat keje
kalau tak pakai langsung
memang tak nampak hapakebendetah kat monitor






tak sabar pulak nak pakai spek baru

tak sabar . tak sabar . tak sabar
*ada tak macam lisa sughihani cakap dalam citer 
"istanbul aku datang tu"?


kbaiii


09 January 2013

. # wordless wednesday .








07 January 2013

. gud news + memancing .


semalam (ahad)
lepas kemas2 rumah, buatkan breakfast utk incik suami
kitorang keluar g sopink barang2 keperluan kat rumah
incik suami da cakap awal2 dah
tayah masak, tengahari makan kat umah mak jee
makan kat umah mak mertua aku laa maksudnya

lepas setel g beli belah
kitorang pon g umah mak mertua aku 
makan tengahari kat sane
lepas jee makan, tetibe adik aku bbm

"ade gud news, tak lama lagi u become jd auntie la"

kompom . kompom dah
akak ipar aku pregnant leteww

alkisahnya, kelmarin (sabtu)
akak ipar, abg n adk aku makan tengahari kat umah aku
pastu akak ipar adela ckp pasal poblemnye
n nak g kinik nak cek
tp mase akak ipar citer tu
mmg kitorang sume x expect gyle la yang die citer 2
sebenarnya die pregnant
akak ipar aku ngan abang aku kawen 
da setahun 8bulan jugak laa

"congratulations to along n kak long"

so, lepas jee adik aku bbm, 
terus ajak incik suami g umah mama pulak
sebab abg n akak ipar aku pon ade kat sane
sampai je kat umah mama aku
mama aku masak byk pulak tu
so, kitorang pon makan ramai2
aku ngan incik suami pon makan lagi
maka....kami pon bertambah gemox lah lagi

then, makcik aku datang pulak, ajak g memancing
aku pon ajak la incik suami pegi memandangkan
tempat memancing pon dekat je ngan rumah mama aku
dlm 15 minit camtu jee

adik beradik n sepupu aku pon pergi laa
abang n akak ipar aku je yang tak pegi
sebab akak ipar dilarang pegi
dia kene jage baby lam perot elok-elok
abang aku pon kene jage akak ipar aku kat umah


hehhee . naik bukit yang agak tinggi
adik aku dua orang ni naik motor
aku naik kete separoh jalan jee
nak masok dalam tak leyh naik kete dah
so, kene gilir-gilir laa naik motor

bukit tinggi kan, sampai termati-mati la
motor adik aku x larat nak naik bukit punya pasal
dah sudah adik bongsu aku kene tolak motor pulak
kihkihkih . padan muka






mencabar kot jalan nak ke tempat memancing
adik aku kata dia bawak motor 
sampai lenguh-lenguh la tangan dia


ni lah tempat memancing tu
nak kata kolam bukan kolam
nak kata empangan aku pon tak tau
da macam tempat paya bakau pon ada jugak aku tengok

sekali masok harga rm5.00
lepas tu dapat je ikan terus timbang ikot harga sekilo
itu untuk orang lain laa
kitorang special kes sbb tempat ni pakcik aku nye tempat
so, tak payah bayar n dah dpt ikan pon tayah timbang
hehehehe

memula ingat sesaje jee pegi nak tengok tempat jee
sebab kitorang mmg xde peralatan memancing langsung
pastu, pakcik aku terus bagi kayu/buluh bertam
buat untuk memancing, siap ngan tali tangsi ngan mata kail skali


so...incik suami, adk aku ngan sepupu aku je yang memancing

aku tak minat memancing
aku ngan adk bongsu aku jadi tukang tengok jee laaa
tukang tengok pon syiok jugak ape




hahh . yang incik suami pegang tu lah
kayu/buluh bertam 




memula diorang ni memancing sesaje jee
dapat ikan kecik-kecik
lepastu lepaskan balik
lepas jee incik suami dapat sekor ikan besar
terus yang lain bersungguh-sungguh memancing
nak dapat ikan besar jugak


kejayaan incik suami
yeayyyyy . . .
pakcik aku kata nama ikan ni ikan lampam


yang ni pulak ikan talapia
incik suami jugak yang dapat




dan hasil keseluruhan nyaa

tttaaddaaa


7 ekor kesemuanya

* sila abaikan muka aku yang serabai kusut masai tu

lepas jee da dapat hasil 
terus bawak balik
incik suami terus siang ikan-ikan tu hidup-hidup
time aku cuci ikan tu pon
gerak-gerak lagi ikan tu walaupon isi perut suma dah keluar

malam tu kitorang reramai terus bakar ikan-ikan ni
perghhh . . . memamg sedap waa cakap luu...
bakar ikan kat umah mama aku
lepas tu bawak balik ke rumah aku
tengok AJL ramai-ramai kat rumah aku
sambil makan ikan bakar






terbaekkk woookkkkkk


04 January 2013

. jarang berpuas hati .












eyhh . kejap . tolong klik SINI jap .

ok dah ?

mekasih  (^^,)v















* manusia 
jarang berpuas hati 
dengan keputusan sendiri


02 January 2013

. Selamat Tahun Baru 2013 .
















tak lambat lagi kan nak wish




SELAMAT TAHUN BARU




WELCOME 2013



meyh try klik SINI jap.







* azam nak kawin tahun 2013
tapi da "terrrkawin" tahun lepas pulak (2012)
kihkihkih