27 May 2013

. boi & bella dapat adek baru .


semalam hari ahad
aku ngan incik suami pergi JB
ade kenduri sedara sebelah incik suami
pegi balik hari jee

then, balik dari JB . . .
sampai je rumah da pukul 7 setengah
memasing perut da lapar
dalam kul 8 macam tu aku ngan incik suami keluar balik
pegi cari makan

kitorang pegi makan kat fiske steakhoouse kat au2, keramat
ouhh...sori...gambar makanan kami tak ambik
sebab memasing da kebulur
makanan sampai jee kami terus ngap!

lepas dah abes makan kami pon nak balik lah
incik suami pegi bayar bill, aku ingat nak masok kete dulu
tunggu incik suami dalam kete jee
otw nak ke kete, ade kucing comel lalu depan aku
aku biasa laa, nampak kucing nak usap-usap belai-belai dulu
dahtu, aku pon usap-usap la sejap kucing tu
then, aku terus jalan nak pegi kat kete
pastu aku toleh belakang aku tengok kucing tu follow aku
pastu aku saje je la pusing buat bulatan kat depan kedai tu
kucing tu still follow aku gak
aku pon ambik la kucing tu dokong 
belai-belai kucing tu sambil tunggu incik suami

lepas incik suami keluar dari kedai
aku pon terus cakap kat incik suami

"abang...kucing ni ekot syg"

pastu incik suami terus cakap

"ehmm....dah dah...kat umah dah ade 8 ekor"

pastu incik suami terus ambik kucing tu letak jaoh-jaoh
tapi kucing tu terus lari kat aku balik
2 kali incik suami buat camtu
pastu aku terus kata kat incik suami
"syg tak tau...syg tak panggil...dia yg datang balik"

last-last incik suami mengalah
incik suami cakap kalo nak pegi mintak kat tuan kedai
takot orang punya ke hape
sbb kucing tu nampak bersih sangat
tapi incik suami sendiri yang tanya kat tuan kedai tu
tuan kedai tu kata memang takde kucing sapa-sapa
kalo nak ambik jee
gembiranya hati tak terkata time tu


tengok tu...manja betul...
tak bising langsung kat dalam kete
duduk diam jee kat dalam kete
kalo bawak boi & bella naik kete
kompem bising lepastu asek kedepan kebelakang




comelkan....pakai stokin kucing ni
kucing ni dalam kategori budak lagi
sebab kecik lagi kucing ni


terus bagi nama baby kat kucing ni
tapi baby ni dia macam takot kat boi & bella
kalo nampak boi ngan bella jee terus bunyi hinsss hinnnss
pastu lari nyorok

disebabkan baby ni kucing baru lagi
kitorang tak lepaskan baby merayap dalam rumah
kitorang kurung dalam sangkar
macam boi ngan bella memula dulu
kang kalo lepaskan baby ni dalam rumah 
sekali ngan boi & bella takot baby kena buli plak

petang ni baru sesi membersih dan memandikan baby


16 May 2013

. Selamat Hari Guru .


hari ni 16 Mei 2013
dan hari ni adalah hari guru

yeahhhh

Selamat Hari Guru 
kepada semua guru-guru sedunia


ni gambar kelas masa darjah 6
tahun 1999
guru kelas aku masa tu Cikgu Malek
Cikgu Malek ni mengajar sains
beliau sangat suka budak-budak
dan jugak beliau adalah sangat tegas dan garang
sebab ape aku kata garang?
sebab paper sains aku penah kene campak 
sebab markah paper sains aku adalah
yang paling terendah sekali dalam kelas
time tu markah paper sains aku 
ngam-ngam dapat 50 kiranya C lah
bukannya dapat D ke E
atau dalam erti kata lain FAIL!
almaklomlah, kelas aku kelas first masa tu
kalo dapat 50 tu da kira paling worst la tu
aku sorang plak tu yg dapat C
pastu kena marah kat depan kelas
siap aku nangis bagai
malu okee!!!
lepas daripada tu, paper sains aku 
tak pernah lagi dapat bawah B & A
sentiasa 70 lebih ke atas jee
takot okee paper kene campak lagi



then, masa sekolah rendah jugak
aku aktif ngan kelab pancaragam sekolah
da banyak pertandingan pancaragam 
antara sekolah-sekolah dah aku pegi
aku sangat suka muzik!
masa mula-mula aku join kelab pancaragam sekolah
cikgu yang menyelia kelab ni Cikgu Shaliza 
kalo tak silap aku lah
Cikgu Shaliza adalah sangat cool okee!
setiap kali paper muzik aku sentiasa dapat A!
tak pernah sekali pon dapat bawah A
semua chord muzik aku tau time tu
tapi kalau tanya sekarang ni..
hampeh dah...aku da lupa
sebab naik sekolah menengah
aku da takde subjek muzik 
sebab dah masok Sekolah Agama Bestari
muzik terus aku tinggalkan dan babai jaoh-jaoh
tsskk . tskkk (T____T)"


dari kiri Sir Khalid cikgu bahasa inggeris
tak pernah mengajar aku tapi aku tau 
Sir Khalid sangat baik orangnya dan tak garang
tengah Cikgu Malek
dan yang paling kanan yang pakai baju putih tu
Ustaz Anuar a.k.a Bapak aku

masa darjah 6 dulu
kat sekolah ada program anak angkat
almaklomlah, nak amek UPSR
so, kena lah diberi perhatian lebih
sorang guru akan ada 5 @ 6 orang anak angkat
dan aku dapat Ustaz Anuar as a 'Bapak' angkat aku
Ustaz memang request suh panggil dia 'bapak'
so, sepanjang jumpa memang akan panggil 'bapak'
dalam seminggu tu paling kurang mesti ada sehari 
perjumpaan dgn mak/ayah dan anak-anak angkat
setiap kali aku ngan 'adik beradik' yang lain 
jumpa 'bapak' kitorang mesti diwajibkan
menghafal apa-apa doa dan surah-surah pendek
sekarang da banyak doa-doa yang aku lupa
sebab tak bape nak amalkan
tsskk . tsskkk  (T_____T)"
kalau paper agama pulak
ada 2 paper, 1 paper jawi n 
1 lagi paper pendidikan islam
paper jawi aku sentiasa dapat A!
sebab aku suka jawi
kalau paper pendidikan islam aku selalu dapat B
sebab aku lemah sikit dalam tajwid-tajwid ni
eheeee . malu (>__<)"



yang ni plak Cikgu Mariza
cikgu masa kat sekolah menengah
mengajar subjek akaun n kemahiran hidup
cikgu ni da macam kawan-kawan
dengan geng-geng aku dulu
selalu lepak dgn cikgu duk gosip-gosip
cikgu mengajar kat kelas aku
aku ngan geng-geng aku sebok duduk kat meja cikgu
duk borak-borak, cikgu pon layan je kitorang
Cikgu Mariza  adalah sangat sporting!
masa PMR subjek Kemahiran Hidup aku dapat A!
time SPM subjek Akaun aku ngam-ngam dapat kredit je..
ahahaha...tu laa, cikgu nak mengajar..
aku sebok ajak gosip-gosip

apa-apa pon...kalau takde mereka-mereka ni
tak mungkin kita boleh berjaya 
dan dapat kerja yang bagus-bagus sekarang ni

tapi lain pulak aku tengok budak-budak sekarang ni
kalau cikgu marah, diorang pon marah cikgu balik
apekebende la budak-budak sekarang ni
kalau dulu, sumpah tak berani okee nak melawan cikgu ni
tak berkat dik oii korang belajar
 kalau korang tak hormat guru!

bila da besar nanti baru korang tau 
besarnya pengorbanan guru-guru ni
mereka bukan ajar sorang dua kat sekolah tu
mereka mengajar beratus-ratus anak murid kat sekolah tu
pening kepala cikgu-cikgu ni 
ngan perangai anak murid memasing
jadi...hormatlah guru-guru korang kalau korang nak berjaya!

14 May 2013

. incik suami versus bella .




video

dah sorok kan da pon ikan dia
bersungguh-sungguh betol bella nak amek jugak ikan dia tu
sampai main tarik tarik ikan ngan incik suami

" i want my fish...i want my fish..!! "
kata bella
hakhakhak

akhirnya tak sempat nak rebus ikan dia
terus bagi mentah-mentah camtu jee

lepas bersalin ni, gelojoh betol bella
kalau bab makan
tak menyempat-yempat
sabooo jee la (-.-)"




13 May 2013

. kita hanya merancang, TUHAN yang tentukan .


seandainya KAU catatkan dia milikku
satukanlah hatinya dengan hatiku

aku tak minta yang SOLEH
sebab aku pon tak lah SOLEHAH sangat

aku tak mintak yang bergelar USTAZ
sebab aku lagi jauh untuk bergelar USTAZAH

nak mintak yang KAYA
aku pon tak KAYA
hanya sekadar apa yang ada

nak mintak yang HENSEM
aku tak la CANTIK sangat
sekadar hamba sesempurna kejadian 
yang ALLAH ciptakan

nak mintak yang BERPANGKAT
aku hanya seorang HAMBA

cukuplah sekadar yang MEMAHAMI dan MENERIMA
diri ini seadanya

cukuplah yang ada AGAMA dihati dan mengamalkannya 
serta sama-sama mencari jalan ke Syurga
apabila BAHTERA dilayar dan MASJID dibina

cukuplah yang sama-sama saling MEMBANTU 
dalam susah dan senang



aku dengan incik suami
mula berkenalan pada pertengahan 2009
mula rapat pada pertengahanan 2010
mengikat tali pertunangan pada 5.5.2012
dan
di ijab kabulkan pada 29.9.2012


masa 2 ke 3 bulan lepas kawen masa tu
boleh kata kerap jugak aku tanya kat incik suami
"abg...kita ni da kawen ke? 
macam mimpi jee rasa"
pastu incik suami kekadang marah jugak 
aku salu tanya dia soalan macam tu

mana tak nya
ekceli, kitorang mula rapat tu
sebenarnya rapat sebagai kawan jee
takde bercinta ke ape pon
orang kate 'bestpren poreber' gituw
sampai la bulan 10 2011 camtu
incik suami amek keputusan untuk kitorang
bertunang dan berkahwin
tapi.....
yang kami rancang adalah pada tahun ni 2013
tunang n kawen pada 2013

bila keputusan dah disetorikan pada 
family masing-masing
family belah incik suami plak kata cepatkan aje
family aku memang mintak 2013 pon
sebab mak aku kata rasa letih kenduri kawen 
abang aku pon tak ilang lagi
beza setahun lebih je camtu kot

tapi bila bawak berbincang balik 
family dengan family
akhirnya kata putus 
tahun 2012 jugak kitorang kawen



lepas kawen baru terasa. . .
romantik jugak laki aku ni sebenarnya
kehkehkeh

dulu sebelum kawen mane nak tunjuk romantik dia
'bestpren' jew la katekan

kekalkanlah ke'romantik'an anda tu
sampai bile-bile yee wahai incik suami
eceyhhh (^^,)

09 May 2013

. makan-makan @ bengadogado .


aktiviti makan-makan kat opis
dilakukan atas dasar nak "menyeperaiskan"
besday gurl n besday boy
*skema sangat ayat -,-

mama gwiyomi besday 5 May
adi kacang panjang besday 7 May
halimy besday 26 May (*kalau tak silap la)



kiri sekali Halimy a.k.a bakal tunang orang, 
tengah adi a.k.a kacang panjang,
kakak diva tu kak sue a.k.a mama gwiyomi.

kesah adi dapat nickname kacang panjang
bermula begini yee...
eceyh..hahaha


nih puan diyana...
aritu puan diyana ni bawak la pizza home made 
ke opis...bagi member-member opis rasa air tangan dia
si adi ni boleh pulak kate
nanti kalau buat pizza jangan buh kacang panjang lagi
dah kitorang pon kompius
mane datangnya kacang panjang dalam pizza tu
ghupe-ghupanya capsicum a.k.a cili benggala 
dikatanya kacang panjang
lekat nama adi kacang panjang
padan  ko  adi . kohkohkoh






puding honey dew sponser by puan carol
puan carol yang sebelah adi tu
yang pakai baju biru gelap tu


kueh mueh
sponser by puan diyana


spegheti goreng sponser by me


ouhhh...ni K-Pop babies okee
*kau hadoo? 




yang ni Abg Pen dia sponser murtabak megi
tapi tak sempat nak snap da licin dulu
sila klik nama abg pen untuk ke blog beliau
kalo bab makan muka abg pen memang macam ni
kitorang da tak boleh buat apa da
redha jee laa -,-'


sume orang tak puas aty
sebab aku tapau cheezy wedges
korang jeles sebenarnyekan
sebab korang dapat mkn ayam kepsi je
kohkohkoh



sesi setup table sebelum makan


ouhh...yag tepi sekali ni paizz
ghajin snap gambar
banyak gambar-gambar ni sume
paiz la yg snap
(single lagi...kihkihkih)




gegurl sume...freestyle plizzz....ahakkss



ok dah...TAMAT


08 May 2013

April - May Giveaway by Nabila Medan




Sila klik banner untuk join giveaway ini.

tarikh tutup 10 May 2013


anda di tag :

1. Teha
2. Bella
3. Syahirah


06 May 2013

. bella dah melahirkan .


selalu balik-balik keja je
mesti bella ngan boi tunggu depan pintu
memasing berebut nak keluar
almaklom laa...seharian kena kurung dalam rumah
tapi harini balik-balik je rumah
bukak pintu rumah
boi jee yang melompat keluar
manelah bella ni....
incik suami panggil bella dua tiga kali tak menyahut
incik suami da sampai kat dapor
panggil-panggil bella
bella nyahut sayup-sayup je
pastu terus incik suami kate
"bella da beranak agaknye ni"
aku pon jawab laa
"eyh...mane abg tau?"
pastu tetiba aku dengar baby kucing mengiau
terus lari-lari anak aku ke dapor 
terus tengok dalam sangkar
bella dah melahirkannnnn
terujanyaaa akuuu weiiii...!!!
tengah khayal tengok nak kira-kira bape ekor anak bella
tetiba bella meneran
tengok-tengok keluar lagi sekor anak dia
6 ekor sume anak bella
4 ekor wane macam bella ngan boi
2 ekor wane putih





* tengah pening memikirkan 
apa nak letak nama kat anak-anak bella ni.



03 May 2013

. Hargai Isteri Anda .


sempena hari Jumaat ni yang mulia
jom kita sama-sama kongsi benda-benda yang berfaedah
daripada dok bergosip sana sini
amek masa 5 minit utk baca entri ni
semoga bermanfaat utk kita semua


HARGAILAH ISTERI ANDA 

Mulianya seorang isteri disisi Allah
Dan betapa berharganya wanita 
yang bergelar isteri ini pada keluarga, 
suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak 
menghargai isteri mereka kerana 
isteri inilah yang akan membantu mereka 
di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, 
sayangilah mereka

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah 
dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak
jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak
Si suami pulak......

jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah,
Tapi bila dah habis cuti tu..layan lah suami..
"offer" lah pada suami,
Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala..
                       jangan buat deekkk jeee, 
                       Jangan buat alasan itu dan ini pulak.

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang
sembahyang wajib baginya dari baligh 
sehingga habis nyawanya..
 
Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita.
 
Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, 
itu dianggap mati syahid, 
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, 
semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.


Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh 

di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat 

didalam dan diluar rumah, 
segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik 
dia akan tanggung ditambah lagi dengan 
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua 
wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan 

daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,

juga bukan dari tapak kaki. 
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki 
supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), 
lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
 
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

 
"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami
dosa semua umat2 islam yang masih hidup 

mahupun yang telah meninggal dunia"


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, 
dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, 
pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini'.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): 
"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10