28 December 2013

. Pregnancy Story # Part 3 .



my baby bump da nampak
itu je nak bagitau uollss
ekekeke

kbai

19 December 2013

. Furminator bukan Termometer . mihmihmih

ekceli dah lama nak post entri ni
tapi asik lupa jee

nak bagi tau kepada peminat @ pencinta kucing tegar
yang syg kucing & sangat2 menjaga 
keterampilan kucing anda
untuk kelihatan comel dan gebus

incik suami aku ada jual furminator 
untuk anak-anak bulus korang
harga sangat berpatutan

for now, stok da habis
tapi kalau ada yang nak
boleh direct email kat aku @ incik suami
untuk buat tempahan
nurulhannah_nhb87@yahoo.com ( Puan Lullu  )
watni_has@yahoo.com ( incik suami )


ni la ghopa furminator tu


incik suami dah let go a few furminator kat mudah.my
dah abes stok baru aku teringat nak post kat blog
mintak mahap laa, tahap 'kerajinan' tu 
melampau sgt da skrg ni

mintak mahap la yee, aku tak berapa ghajin nak review
pasal furminator ni

tapi kalo nak tau ape furminator ni
boleh la review kat blog ni


aku bet sape yang pencinta kucing tu
sangat familiar ngan sookie's store ni

silalah terjah ke blog beliau 
untuk review pasal furminator ni yaa

cekidauuutttt . tata!!

13 December 2013

. Pregnancy Journey #Part 2 .


memandangkan arini mood nak bercerita tu ada sikit
meyh la aku nak kongsikan sikit cerita
cemane aku bole terr'menandong' ni

memandangkan aku dah setahun kawen 
baru terr'menandong'
ramai jugak tanya, apa rahsia

setahun tu bagi aku lama la jugak
sebab ada orang baru kawen 
da terus ade news terr'menandong'

memanglah orang kata rezeki masing-masing
rezeki tu di tangan tuhan

tapi kita sebagai hamba-Nya tak kan 
nak tunggu rezeki tu tetiba jatuh gedebuk camtu je kan
tanpa ada apa-apa usaha

selama setahun tu macam-macam usaha dan cara
aku ngan incik suami buat
sampaikan tiap-tiap bulan kira bila hari subur aku
untuk bersama

ahhh...korang, tayah nak malu-malu la baca
ni pon kira ilmu jugak untuk korang

tapi dari bulan ke bulan belum jugak ada apa-apa
kami still positif kan diri, maybe belom sampai
masa untuk kitorang ada rezeki anak lagi

dan, cerita usaha aku ngan incik suami
boleh dikatakan 100% sama dengan 

dimana aku ngan incik suami amek supplement Shaklee
dan aku jugak pergi berurut

yang cerita pasal supplement Shaklee ni
incik suami aku yang ber 'iyaa' suruh aku makan
sampai incik suami sanggup beli dan 
ajar cara-cara nak makan sume bagai
fyi, aku ni penakot makan ubat
dah lah supplement Shaklee GLA tu besar gedabak
aku redha jee, demi susah payah incik suami
aku telan jugak supplement tu
dan incik suami pon amek supplement 
ZINC Complex Shaklee jugak
takkan jadi kalau usaha sebelah pihak jee kan
kene lah usaha bersama

so, berbalik kepada cerita Puan Sharz
sebelom-sebelom ni aku ngan incik suami
memang rajin skodeng Puan Sharz punya blog
sebab kitorang suka follow setori-setori kucing-kucing beliau

lepas tu aku agak kecewa jugak 
sebab Puan Sharz dah lama tak hapdet blog
then, tetiba hapdet blog terus cerita pasal pregnancy

bila aku baca, 
aku pon rasa macam teruja gila
sebab setori dia hampir sama macam setori aku jugak
sekarang Puan Sharz mendahului 
pregnancy beliau beberapa minggu daripada aku




'congratulations to both of us'
hahaha

apa yang penting?
usaha, doa & tawakal

11 December 2013

. Ben si anak bulus .


ingat lagi tak uolls kat Ben
my anak bulus yang manja tu

kalau tak ingat meh refer sini balik
Ben 1 & Ben 2


aku ngan incik suami start jaga Ben
masa bulan 4 masa tu
masa tu umur Ben lebih kurang 3bulan nak masok 4bulan
kalau aku tak silap laa
sebab aku tak jaga dia start dari dia lahir
so, aku tak tau exactly umur dia
maen agak-agak jee

macam mana aku bole terjaga & terbela Ben
baca sendiri kat sini

sekarang Ben dah besar
dah pandai gatal-gatal maen peluk-peluk
ngan akak Bella dia

aku ngan incik suami da tak sedap ati dah
kang terberanak lagi kang si Bella tu

tak larat dah nak jaga kucing banyak-banyak
lepas ni kang aku pulak yang nak terberanak

so, last-last incik suami da book DBKL SPCA untuk
men'yunat'kan si Ben & jugak si Bella

Hujung minggu ni turn Ben dulu untuk disunatkan
then, Bella punya turn plak pertengahan bulan 1 nanti

' Selamat Bersunat Ben '

time-time cuti sekolah ni
eloklah kita menyunatkan
anak-anak kita ye tuan-tuan & puan-puan
ppfffttt




**hahh?? amende?? aku hutang citer buku merah?
haa...nanti-nanti laa ye...tengah tak berapa nak rajin buat esei panjang.

# Wordless Wednesday . 11.12.13



video