14 June 2013

. kena tipu dengan online shop .


zaman sekarang ni nak membeli belah dah senang
tak payah nak penat-penat mengadap jem
berpusu-pusu dengan orang ramai
berpanas-panas nak bershopping
sekarang ni sume nye di hujung jari

"Online Shopping"

duduk dalam bilik on air-cond/kipas
guling-guling atas katil
bukak laptop
cari barang yang nak dibeli secara online
klik klik klik
pilih pilih pilih
bank in duit
dua ke tiga hari kemudian
barang pon sampai
senangkan...
lagi-lagi dah nak raya ni
mana yang tak sempat nak pergi shopping tu
yang mampu shopping online jee laa kan
tak payah nak berpanas-panas, 
bersesak-sesak nak shopping

tapi kena berhati-hati, 
jangan sampai tertipu
dengan sesetengah pihak yang suka
ambil kesempatan untuk menipu pengguna lain
sesetengah yee...bukan semua 


macam kawan opis aku ni
yang baru je kena tipu 
kawan aku ni order barang kat sini


masa buat order barang
sekejap sekejap tanya dah bank in duit ke belum
tapi bila dah bank in duit
tunggu sampai seminggu lebih
janji penghantaran barang 1 - 3 hari bekerja
barang tak jugak sampai-sampai
kawan aku bank in duit atas nama 
MUHAMMAD RAIZAN BIN AB RAHMAN
bila call banyak kali tak dijawab lepas tu kena reject call pulak
tracking number pon bagi tracking number palsu

bila kawan aku mesej-mesej dia tak reply
tapi reply komen - komen orang lain kat fb page die laju jee
bila kawan opis aku lagi sorang try call dia
dia tak angkat, tapi dekat whatsapp reply
bila kawan opis aku ni berlakon kata nak beli barang dia
siap reply model-model barang yang dia jual lagi
bile kawan aku gertak kata kenapa tak hantar 
barang kawan aku yang kena tipu tu
dia reply dah hantar lepas tu terus senyap



bila ada pembeli tanya nak dtg kedai
nak C.O.D jee
dia reply 
"pos laju shj"

nampak sangat menipunyaa...
jadi mintak tolong kerjasama untuk spam @ scam page ni
supaya takda lagi orang yang kena tipu

zaman sekarang ni macam-macam cara 
orang lakukan untuk mendapatkan duit dengan cara mudah
salah satu nya adalah dengan cara menipu macam ni
tau laa raya dah nak dekat
tapi jangan laa cari duit dengan cara yang tak betul @ tak jujur
dah tu melayu kita pulak tu yang buat macam tu
buat malu jee ngan bangsa lain!

12 comments :

heirizalieyana said...

tQ for info,,btw xpernah lgi bli brg scara on9,,,tkut jdi bgini

Dak Skema said...

urmm...btw, tak salah beli on9. yang salah kita sebab tak betol2 periksa org yang jual tu. tngok komen2 pembeli. then lagi bagos kalau ada komen COD yang dah berjaya. Bersimpati dengan kawan awak tu..

Acik Liena said...

pergi la buat report..tunjuk no akaun dan bukti komen..

Lullu Anna said...

@ Dak Skema

betul tu memang tak salah nak membeli online, sy pon kadang2 ade jugak beli barang online...alhamdulillah tak pernah lagi jadi kat saya macam ni, maybe lepas ni kena lebih berhati-hati lagi...tapi komen-komen yang negatif..kat page fb tu laju jee owner tu delete...pasal cod memang ada...tapi tak nampak real dari page dia...sebab macam dah kena crop...apa-apa pon lepas ni memang kena lebih berhati-hati...

Lullu Anna said...

@ Acik Liena

yup . kawan i memang akan buat report pasal hal ni.

eiyna tyna said...

uishh . tak sangka pulak boleh jadi kes macam nieyh . ish-2 . teruk betul orang tu .

Zai Zaiman said...

Hai lulu.. bags la lulu keluarkan n3 mcm ni, sekurang-kurangnya ramai yg kenal lilu tahu page penipu mcm gini... dorang ni sume nyusahkan lagi orang lain nak buat bisness..

tak akan senangnya dapatkan rezeki cara gini... suatu mase nanti, Tuhan balas atas apa ygdia dahbuat.. tak kene pd dia tp mungkin anak2 dia..

roslita thalib said...

hurmm bahaya juga ni. macam-macam kes. huhu. ros jarang beli online ni. tapi kalau nak beli memang tenguk siapa penjual. kalau rasa boleh percaya baru bank-in duit. semoga kita tak terkena perkara yang sama

Syahrin Nique said...

saya on baru kena dgn org yg sama. akan buat report juga. maybe boleh buat report dgn kawan awak dan sama2 boleh ambil tindakan.

Syahrin Nique said...

mmg call x angkat. ni page baru dia utk scam https://www.facebook.com/GredASamsung#!/GredASamsung
hati2!

nur zahirah said...

Memang tak dapat lagi lah sampai sekarang ye ???

azi hashim said...

banyak sangat penipuan sekrang..kena hati2..

siasat dulu sapa penjual