12 September 2013

Soalan Puaka


soalan puaka yang penat & letih nak dijawab
setiap kali ditanya
kekadang masyarakat sekeliling sekarang
bukan reti beza soalan sensetif ke soalan privacy orang lain
ikot suka mulot diorang jee nak tanya
tanpa memikirkan perasaan orang lain

sebelom kawen dulu
sana sini mulot orang bertanya bila nak kawen
bila dah kawen
tanya bila nak ada anak pulak

agaknya korang, korang, korang (tuding jari) ingat
nak cari suami tu boleh petik jari terus kawen?

ape korang ingat nak dapat anak tu
sesenang nak bancuh air kopi?

kadang-kadang bila orang tanya
terpaksa jawab dengan senyuman yang tak ikhlas

Macam mana nak cakap ye? 
Penat lah nak hidup atas 
expectation org ramai yang berlandaskan 
'PEOPLE MUST FIT IN WITH THE COMMUNITY' 

kekadang tu sampai ada yang tiap-tiap bulan bertanya
kalau tak tanya kat aku, tanya kat incik suami
kalau ikutkan hati nak je sound direct
tapi takot pulak ada yang terasa hati
tapi diorang ni pulak yang tak reti nak jaga hati orang lain
hallo...kalau ada rezeki ALLAH tu ada lah nanti
tak perlu lah sampai tiap-tiap bulan nak bertanya
annoying tau tak!


Yes, aku nak anak tapi tak ada rezeki lagi 
sapa pulak yang dah kawen tak nak anak kan?
dan aku sedang berusaha pada masa yang sama 
aku redha dengan ketentuanNya 

Aku happy dengan kehidupan aku
Aku enjoy dengan life aku bersama incik suami
But people around me make me look like 
I'm the most unfortunate human being in this world
Just for not having a baby yet!
Bila orang tu bersabar dan berusaha 
tetapi diasak dengan soalan macam tu agak-agak sedih tak?

tapi akak ipar aku selalu ingatkan aku
dan selalu nasihatkan aku
'biar je apa orang nak kata'
'tak kan kita nak pergi jahit pulak 
mulot-mulot puaka orang kan'
'kalau diorang cakap banyak, tadah tangan tinggi-tinggi
macam orang berdoa lepastu AMIN kan ajee'
eventho abang and akak ipar aku pon 
menunggu almost 2 years
nak dapatkan baby first
and 27/8/2013 yang lepas
ni laa dia baby gurl comel abang aku n akak ipar aku

u think she is cute? u should look her aunt 



Kesimpulannya, please respect other people private life. 
Tak semestinya kehidupan seseorang sama 
dengan kehidupan orang lain
kau kawen-kawen jee terus mengandung
dan kau expect orang lain pon macam kau jugak
adalah sebab dan musababnya kenapa sesetengah orang
lambat dikurniakan zuriat
ALLAH itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya
Manusia hanya mampu berusaha, 
tapi perancangan ALLAH  itu lagi hebat



Sekian,

10 comments :

BaNu Syah said...

betul tu setuju 100% mcm xde soalan lain nk tnya kannn..

Kin Naz said...

betul tu, soalan yang x sepatutnya ditanya hmm

Aefa Aerisya said...

betol tu.. dorg tak tau disebalik senyuman kite masa jwb soalan2 mcm tu..

Azwar Syuhada said...

Betull tu.. :)

Lullu Anna said...

tu la pasal . . mentaliti masyarakat zaman sekarang . menyedihkan betul . . .

Shida Radzuan said...

tang kawenn tu alahai..lg2 bila ade pihak yg mmndai2 cr jdoh tuk kite huuuu..

Qeela Aini said...

Betul tu, kesian awk, sabar bnyk2 ye..mulut org nh mmg xle jage, biar je depa nk ckp ape..gnjrn bersabar tu lg tinggi drp nk buang mase melayan ape depa ckp kan..geram jugak kdg2 bile dgr cite2 cmnh..tp xpelah, slagi leh pk positif & sabar, positif & bersabarla k..maybe depa just care, tak sedar dh sakitkan ati org lain, tp pade yg melaser bebeno mulut tu, adelah blsnnya,sbr bebanyak ye dear..

Din said...

soklan puake yg aku tak suka ialah bila orang tanya 'anak dah berapa orang?'
aku tak kawen lg laaaa

Akmal Halim said...

selalu terbaca pasal benda ni..nampak sangat masyarakat kita memang xpeka langsung pasal hal ni..benda2 cmni bukan kita yang tentukan..kalau ada rezeki adalah kan ..kita cuma boleh berdoa dan berusaha je :)

Nadiya said...

betul tu sis.. bukan setakat org dah kawin jee dapat solan bila nak ada isi.. yg belum kawin pon sama "bila nak kawin, usia dah berapa tak laku ke" ishh rasa mcm geram jee... kita merancang Allah tentukan.. so k sis ada rezeki Allah bagii :)