28 December 2012

. oreo .













apakah INI ?



































ttaadddaaaaa






27 December 2012

. boi 'n' bella .






ekceli, aku ngan incik suami
ada bela 2 ekor kucing
sekor gegurl sekor boboi
yang gegurl nama dia bella
bulu ekor bella adalah seperti kembang setaman
yang boboi pulak nama dia boi jee lah
glemer okee nama anak-anak kucing aku

orang kata nak bela haiwan biar laa berpasang-pasangan
jangan ingat orang je reti nak berpasang-pasangan 
haiwan pon reti nak berpasangan jugak okee

dah sebulan setengah camtu kot 
kitorang bela kucing-kucing ni
umur kucing-kucing ni dalam 3 bulan camtu
bebudak jee lagi kucing-kucing ni
tapi sangat laa lincah, aktif gyleee, manja, nakal
kitorang amek kucing ni dari uncle incik suami
masa tu umur kucing-kucing ni baru dalam 
sebulan lebeyh camtu


ouuuhhhh. . walaupon mereka baru 3 bulan jee
orang kata budak-budak lagi
tapi mereka sudah pandai nak gatal-gatal
mereka sudah pandai ehem-ehem okee




















*gambar mereka yang sebenar akan di hapdet akan datang


26 December 2012

18 December 2012

. tak rajin bukan MALAS .


bila dah petang-petang
lagi sejam nak balik ni
memang tak rajin la nak buat keje dah
tak rajin okee!!
bukan MALAS!!

so, marilah kita menduda doodle

cuba teka apa yang aku cuba lakukan ini


dapat teka tak?
tak dapat??
okee . cuba yang ni pulak


kompem lah dah dapat teka kan









taaadddaaaa


say 'hi' to


"lembu kachak"

14 December 2012

. balas dendam .


hari-hari aku pegi keje nek motor 
incik suami hantar

aku akan drive sendiri kalau incik suami
kene obetaim

semalam incik suami da bagitau 
hari ni dia kene obetaim
so aku kena rela dalam terpaksa
untuk drive sendiri pegi keje

pagi g keje ok lagi
jalan tak la jem sangat
sebab aku keluar rumah 8.30 pagi
sampai opis dalam 8.50 pagi camtu
itu kalau drive sendiri
kalau naik motor kitorang kene keluar awal 
dalam pukul 8.00 pagi camtu
sebab tyme-tyme camni
MRR2 adalah sangat jem
sampai opis aku mesti around 8.25 ke 8.30 pagi
lepastu incik suami kene terus merempit pulak
ke tempat keje dia
so, dia akan ngam-ngam sampai opis dia 
sebelom pukul 9.00 pagi

memandangkan hari ni aku kena drive sendiri
so, aku rela dalam keterpaksaan jee laa

untuk pengetahuan korang
aku paling tak suka drive okeee!!

tuptup
baru sekejap tadi
tepat pukul 6.04pm
incik suami kol

"syg nga watpe? bla..bla..blaa"

"syg...abg nak gtau ni"

belom sempat incik suami abeskan ayat 
aku da nyampuk

"nak bagitau tak jadi ot llaa tuuu!!!"

pastu incik suami gelak-gelak 
then terus nak eksplen

"tak...syg...mcm ni cita dia...
blaa...blaa...blaa"

aku pon terus balas

"ok fine! dtg sini (opis aku) amek syg
buh motor dalam kete, abg drive!!!"

pastu aku kene gelak lagi ngan incik suami

aku pon ngan terpaksa lagi pasrah lah

"ok, kompem abg sampai umah dulu,
nanti sampai umah tolong basoh piyuk, kuali, 
masakkan nasik, keluarkan ikan bawal dari fridge
blaa...blaa...blaaa"












haaaa . kan . padan muka 
kih kih kih


ok laa . nak balik da ni
suami terchenta da menunggu dirumah


k.bye

. cintaitudebab .




sudahnya pagi tadi 
incik suami mengadu

"sayang!! seluar kerja abang da ketat"

puan isteri pon ngan muka selamber jawab

"alhamdulillah . elok la tu"




kalau korang nak tau
itulah ungkapan paling bahagia sekali
untuk isteri-isteri

seronok tawukkk bila suami makin mengembang
menandakan pandai isteri tu masak
sedap isteri tu masak
kohkohkoh. .ayat macam nak puji diri sendiri la pulak
macam nak nanges air mata darah jee baca yee tak

12 December 2012

. macam berperang kat GAZA .


bila masak

terasa macam berperang kat GAZA





lepas tu bila aku masak

campak itu ini blaa blaa blaa dalam kuali

pastu aku lari jejaoh

incik suami pulak dok perati aku
pastu bantai gelak sambil lompat-lompat
tengok style 'pro' aku memasak

gyle kejam !!

pastu aku pon ngan muka selamber kata

"apa gelak-gelak . sepak kang"


.


.


.


.


.


.



nyways,

happy 12.12.12


but untuk aku 
the most best date tahun ni adalah

10.11.12

yang lepas

sebab

its my incik suami birthday!



07 December 2012

05 December 2012

# wordless wednesday













senyum paksa !!



04 December 2012

03 December 2012

. terlabik ke terbalik .




DONE !!!

cover photo tuk pesbuk




aku kejam !!

rotate kepala korang 90 darjah

kih . kih . kih 







malam ni incik suami request suh masak
ikan masin goreng cicah dgn cili api perah limau
lepastu telur dadar jeee

huhh . senang keje aku


ngidam leteww

ok .  nak balik dah nak masak tuk incik suami






kbye!!

30 November 2012

29 November 2012

. taktik .





korang nampak tak ape ade dalam gambar tu?

1. calender
2. pokok bulat bulu-bulu hijau
3. cermin yang ada nampak pintu
(yang lain tu abaikan)

motif dia sebenarnya nak citer pasal cermin tu jee

sebab ape aku letak cermin kat situ?

supaya aku tak terkejut berok makyehh dan ter'kantoi'
bila ada orang dari belakang lalu belakang aku
dan cuba menghendap apa yang aku tengah buat

aku selalu terkejot bila tetibe jee
bos aku dah ade lalu sebelah aku
sambil jeling-jeling pc aku, tengok aku buat apa
lepas tu time dia lalu 
aku ngah sedap berblogwalking/surfing internet/etc

giler kawww
tak macam kelam kabut jee 
nak belakon balik konon-konon tengah buat kejee

sekarang, 
cermin tu lah sebenarnya taktik aku
untuk jadi side mirror aku kat opis

keji tak ? keji tak ?
*dipersilakanlah tiru buat kat opis-opis anda . heee :D

sebenarnya ni ajaran sesat incik suami la ni
dia kata kat opis dia pon ada orang wat camni gak
lau tak . . memula aku pon tak terpikir nak wat camni

tunjuk ajarku sifu incik suami




haaahaaahaaaa

23 November 2012

. tabiat .


tabiat yang sememangnya 

sukar untuk

dilupuskan

dalam diri


.



.



.



.


.



malas nak cas henpon

bila henpon da off

baru terkial-kial nak cas

haishhhh

20 November 2012

. lintang pukang .




sudahnya Puan Isteri naik geram

"ABANG!! sana sikit!!"










pe'el Incik Suami, lasak benar tidurnya 


kalau tak lasak tidurnya
selimut pulak dia tibai pakai sorang
bila aku tarik
Incik Suami tarik balik
dah aku pakai selimut ujung-ujung jeee
sampai sebelom tidur kena pesan awal-awal

"abang, selimut jangan tamak ehh"

kalau tak pasal selimut, tidur dia lah pulak yang lasak
begitulah seterusnya dan seterusnya dan seterusnya



sabar jee laaa

12 November 2012

. tekanan perasaan . lahhh sangat kannnn . *sila hempuk .

11.41am

Incik Suami mesej, dia kena pergi Shah Alam .
Melawat rumah anak-anak yatim kat sane dengan colleague dia .

1.08pm

Incik Suami : dah sampai .  jem ouhhh

1.40pm

Incik Suami : abang nak g makan ni

2.01pm

Incik Suami : Syg, hp bateri abes

2.15pm

Puan Isteri : jeling kat hp . hampa  (>.<)''

2.35pm

Puan Isteri : Tekan-tekan hp . hampa (>.<)''

2.55pm

Puan Isteri : Tekan-tekan hp lagi . hampa (>.<)''

3.15pm 

Puan Isteri
.

.

.

.

.

.

.

.

.

.





ok bye!!

24 October 2012

. LEMBU .



*solek - solek = colek - colek



mempersembahkan
rendang daging




cerita ini adalah 

100%















tidak benar

hahahaha








SELAMAT HARI RAYA
AIDILADHA

15 October 2012

. dah kawen da .


kepak kepak kebung kebung


yeayyyyy!!!
Cik Lullu da kawen!!!
uppsss . . . bukan CIK lagi dah 
dah jadi PUAN da sekarang
hehehe

ekceli, gambar kat atas ni je la
yang dpt di upload buat mase ni
gambar tu pon gambar mase
majlis sebelah makk . heee :D
gambar majlis sebelah Incik Suami 
belom sempat nak cilok lagi
akan di update lagi nanti 
lepas dapat cilok sume gambar-gambar


mase baru-baru lepas kawen mase tu
makk saje je laa nak buat-buat merajok konon
mase tu Incik Suami ni duk jejaoh ngan makk
makk cakap laa camni kat Incik Suami ;-

makkk : benci la camni, suke duk jejaoh ngan syg!!!
**pastu buat muncung itik mintak kene tempeleng

Incik Suami : aiii . dah benci dahh?? abg syg jee syg .
syg dekat ke syg jaoh ke, abg syg jee.

uhukk . uhukkk
terngaa - ngaa mulott makkk
sebelom kawen nak cakap rementik rementik cenggini
nan hadoooo!!!



tapi apa yang penting

kami BAHAGIA
semuanyaa HALAL
macam cop JAKIM tu . heeee 








* doakan kami bahagia sampai akhir hayat kami yee, bukan sampai anak cucu jee.

26 September 2012

tinggal 5 hari lagi pon nak ajak gadoh


25.09.2012

ni namanya takde pasal cari pasal
dah tinggal lagi 5 hari je lagi
(upss . 5 hari lagi apa yaa? nak tau . 
baca entry sampai abes yaa)
nak ajak bergaduh sume bagai
kalau jumpa hari-hari takde la plak nak gaduhnye
ni dah bape hari tak jumpa
orang kate dah nak dekat-dekat kurangkan jumpa
sudahnya tak jumpa berhari-hari, bergaduh jadinya


dah bergaduh fight fight dush dush sume bagai
pastu mesej pon aku reply sepatah-sepatah
mau tak reply sepatah-sepatah
dah laaa tinggal 5 hari jee lagi
orang sebok nak stress pasal benda laen
Incik Heart aku sebok tambah stress aku ngan ajak gadoh
lagi tambah STRESS makkk tawuuu


makk da memang paham sangat daa ngan pakknyee neyy
kalau tak jumpa ade jee yang tak kene
sabar la pakknyee
lagi 5 hari jee lagi dah
pastu nak kepit makk bawah ketiakk pakkk 24jam pon
suka hati pakknyee laa

****************************************************

26.09.2012

memang rutin tiap-tiap pagi Incik Heart akan mesej dulu la 
untuk wish gud mornin'
tapi pagi tadi sepesel sikit, sbb ape sepesel??
sebab konon nak amek hati a.k.a pujuk makk balik laa kan
macam laa makkk tak tau perangai pakknyee tu
dah nak dekat 3 tahun kot makk kenal paknyee tu
kalau tak, takde laa nak kawen nyee lagi 5 hari lagi ni kan
kihkihkih . yeee . harap maklom
Cik Lulu nak kawen da ngan Incik Heart Cik Lulu tu

iklan kawen sekejap

dijemput rakan-rakan sekalian ke Majlis Perkahwinan saya
Cik Lulu & Incik Heart
bertempat di Dewan Kampung Sungai Pusu, Gombak
(berdekatan UIAM, Gombak)
pada 30 September 2012 (Ahad)
masa 11.30pagi hingga 4petang


Incik Heart mesej cam gini pagi tadi :-

Incik Heart : Selamat Pagi dotdot, dotdot SAYANG dotdot sgt3x
*dotdotdot adalah name panggilan kami dan perlu dirahsiakan
atas dasar takot ade mane-mane pihak yang jeles
haaa kann . sape yg nak jeles kan
macam la makk fofulerr sgt smpai ade yg nak jeles plak kan

untuk tidak memanjang-manjangkan setori, 
makanye makkk pon reply

CLS : bla bla bla bla bla bla sgt2 jgk

tapi lepas tu makk tetap reply mesej sepatah-sepatah jugak
rasakan pakkknyee

lepastu paknyee kol, mak tak angkat
bukan mak kejam sengaje tak nak angkat yee
makkk ade keje kot tyme tu
makkk mesej laa kat pakkknyee

CLS : nape?
Incik Heart : rindu3x

haaaa . kaann . baru kauu tauu kann paknyee
makk mampu gelak kihkihkih dalam hati jee
jahat tak makk . jahatt tak?
jahat tu tak laa kan?? nakal sikit jee kan

lepastu pakkknyee kol lagi, mak angkat laaa

blaaa blaa blaaa tott teett toottt teett

Incik Heart : ok bye, assalammualaikum
CLS : wa'alaikumsalam


makanyaa . . . pakknyaa, jangan gaduh-gaduh lagi yaa
nanti rindu-rinduan 
kihkihkih 







*dijemput kepada semua menghadiri Majlis Perkahwinan saya, 
 semoga kehadiran anda semua bertambah berkah lagi majlis itu nanti 
 AMIN