hahhh...kan...kan...
title entri pon da macam scary scary kan
citernya ginnniwww,
semalam iaitu pada hari isnin..hahh...iaitu kauu...
sasterawan sangat..
sempena cuti hari thaipusam, aku ngan incik suami
biasa laa...petang-petang
suka ronda-ronda amek angin naik motor
selalunya, kami ronda-ronda pusing KL je
tapi semalam saje la nak ubah angin
asik pusing KL jee
semalam kami pergi la bukit ampang
kat look out point tu
motor incik suami motor nouvo jeerr pungg
nak naik bukit ampang tu,
motor pungg naik macam semput - semput jee camtu
lagi-lagi ngan berat badan kami yg sangat 'ideal' ni kan
memang "tersangat" laa laju motor tu nak naik bukit
*tangan didada mata keatas
so, masa otw nak naik bukit ampang tu
memang ada dengar bunyi motor
ala ala bunyi motor 125z bunyi nya
laju jee naik,
tetiba...haaa....tetibaa
motor tu slow pulak dah nak sampai kat kitorang
lepas tu terus rapat gyle ngan moto kitorang
kalau jenis kat kampung-kampung
kalau motor dari belakang datang dekat
maknanya kawan-kawan dtg nak say 'hi' gituu
so, dalam kepala otak aku ni time tu
ingat member-member incik suami kee
nampak kitorang pastu nak bertegur sapa ke hape
aku pongg malas la nak pandang muka diorang
tetibaa lagi...
tetibaaaa pemboncengnya terus terkam tangan sebelah kanan aku
tangan yang aku pakai rantai tangan emas
yang incik suami bagi time batal air sembahyang masa tu
alaa...masa nikah masa tu
terkejut terus tergamam aku
tapi cecepat aku tarik tangan aku ketengah
maknanya, ke dada...
sekali aku tengok muka diorang
rupanya, kap lam ya ngaa!
yang nak tarik rantai tangan aku tu
memang aku sangat cam muka dia
tapi...syukur alhamdulillah
kap lam ya ngaa tu tak dapat pon nak tarik rantai tangan aku
time tu aku pakai baju lengan panjang plak tu
maybe dia tertarik lengan baju aku kot
tu yang terlepas rantai tangan aku dari diragut oleh
kap lam ya ngaa yang tak berguna tu!
muka incik suami pulak masa tu
aku tengok dah pucat-pucat dah
time tu ada kereta myvi blakang kitorang
dah macam nak langgar dah kap lam ya ngaa tu
sebab maybe orang dalam kereta myvi tu
perasan kot yang kitorang nak kena ragut
lepas kap lam ya ngaa tu tak dapat tarik rantai tangan aku
terus lelaju dia pecut moto lari ilang tah kemana
nasiblah kap lam ya ngaa tu tak bersenjata
parang ke pisau ke hape ke kan
jenis aku pulak kalau naik moto
memang takde nye lah nak pegang-pegang beg ke hape
motor nouvo kan boleh isi barang bawah seat
so, memang beg aku buh bawah seat je la selalu
tak pulak expect rantai tangan pulak yang di'aim'nya
oleh si peragut durjana tu
dahtu pulak, selalu kalau aku naik motor ngan incik suami
mesti aku pelukss incik suami
so, tangan aku ada kat depan lah kan
takde la orang dari belakang nampak
aku ada pakai barang kemas ke tak kan,
tapi orang kata nak dijadikan cerita
semalam time otw nak naik bukit ampang tu,
memang aku tak pelukss incik suami pon
tangan aku, aku buh kat atas peha aku jee
sebabtu lah kot nampak aku punya rantai tangan ni
lepas ni, olwez aku akan pelukss jee incik suami
kalau naik moto
selamat orang kata...hehehehe
kalau naik kereta pon, kalau aku drive sendiri
aku akan buh handbeg aku kat bawah kerusi
kat sebelah penumpang
lepastu kalau sensorang, kalau aku drive sendiri jugak
masok-masok je kereta terus lock pintu walaupon
enjin kereta tak dihidupkan lagi
so...peringatan untuk anda dan diri sendiri jugak
tak kisah la lelaki ke perempuan ke
silalah berhati-hati
zaman sekarang ni, orang nak buat jahat
macam-macam cara diorang boleh buat